воскресенье, 27 сентября 2009 г.

Result #1 : Copa Cobana

Akula memulakan liga 09/10 sebagai pasukan "underdog" menentang pasukan big four, Copa Cobana.
Akula dibarisi Bal, Zul Aliff, Naqqib, Seth, Azam, Nfizree, Azwani dan Lim.
Ini merupakan perlawanan pertama bagi Bal, Naqqib, Nfizree dan Lim bersama Akula, bermakna 50% berlainan daripada Akula 08-09.
Tumpuan diberikan kepada Bal, salah seorang penjaring gol terbanyak liga musim2 lalu,
dan penyertaan lambat Nfizree, bekas penjaring pasukan Gastroboi.


Selepas Majlis Pembukaan RFL musim 09/10,
Copa Cobana membuka permainan pertama musim ini.
Zul Aliff dan Bal menguatkan serangan depan, Seth dan Naqqib barisan belakang, dan Azam sebagai penjaga gol sementara.
Riz memberi serangan-gol pertama, hasil rembatan rendah luar kotak penalti pada saat-27, ditepis keluar oleh Azzam. Copa tampak lebih garang dengan beberapa rembatan oleh Shazli dan Syafiq ke arah gawang Akula sehingalah minit-1, cubaan Bal tersasar tinggi penjuru kanan
gawang Copa. Permainan pantas diteruskan dengan balingan gol keeper Bu, menjumpai Syafiq yang berada di belakang pertahanan Akula, namun tandukan sambungnya mudah di tangkap Azzam. Seminit selepas itu, Bal sekali lagi menakutkan pihak lawan, dimana rembatan nya menjumpai palang atas gol Copa.
Pada minit ke-5, Naqqib memberi peluang hampir gol kedua buat Akula, rembatan rendah luar kotak-nya mengenai tiang gol. Namun beberapa saat selepas cubaan nya itu, dia diberi amaran oleh pengadil perlawanan kerana mengasari Shazli yang cuba masuk mecuri bola.
Pada minit ke-6 pula, rembatan tepat gol pertama bagi pasukan Akula oleh Azwani, diselamatkan golkeeper Bu dan dibuang keluar oleh Aman.
Syafiq terus membahayakan gawang Akula dengan rembatan2nya, namun pada minit ke-7, atas kesilapan pertahan Riz, Bal berjaya mencuri bola, disambung Zul dan disudahkan oleh Bal melepasi penjaga gawang Bu.
Gol pertama RFL 09/10 dan gol pertama pasukan Akula 09/10 hasil jaringan Bal. :>
Namun pada minit ke 8, Syafiq yang tidak dijaga ketat, hasil umpanan Riz, berjaya menyamakan kedudukan 1-1, melepasi penjaga gol baru Akula, Lim.
Permainan kekal terikat 1-1 hingga tamat masa pertama.

Minit pertama separuh masa kedua berpihak kepada pasukan Akula,
Akula diberikan sepakan penalti, selepas Aman tersentuh bola sepakan Bal.
Nfizree menyudahkan penalti dan memberikan gol kedua untuk pasukan Akula, 2-1.
Pada minit ke-12, Lim berjaya menampan keluar percubaan kencang Syafiq, namun Lim tidak berjaya mengulanginya pada minit ke 13, Syafiq merapatkan semula perbezaan gol, 2-2.
Akula dihadiahkan sepakan percuma seminit selepas itu, namun sepakan Bal hampir menjumpai penjuru gawang gol dan tersasar keluar, dan beberapa saat selepas itu, rembatan dekatnya sekali lagi ditepis keluar oleh Bu.
Pada minit ke 17, Syafiq sekali lagi menakutkan pasukan Akula, dimana rembatannya melepasi tangan Lim namun dipantul keluar oleh palang atas gol.
Akula semakin lemah semangat, apabila pada minit ke 18, Copa diberikan sepakan penalti, gara2 Seth tersentuh bola di dalam kawasan kotak P.
Namun Syafiq yang tampak cemerlang malam itu, gagal menyudahkan jaringan penalti, dan ditepis cantik oleh Lim. Seterusnya menghasilkan sorakan dan tepukan kuat para penonton :>

Selepas itu, Bu sekali lagi bertindak cemerlang menolak keluar rembatan kencang Bal pada minit ke 19.
Dan pada minit ke 20 peluang terakhir buat Akula, dimana Zul lambat untuk menyambut tolakan Bal di depan gawang Copa, seterusnya menamatkan perlawan dngan keputusan seri.
Keputusan yang membanggakan bagi Akula! :>


Keputusan Akhir : Akula 2 - 2 Copa Cobana
Pasukan Pilihan Akula : Azam, Naqqib, Seth, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Wani, Lim
Penjaring Gol : [Akula]:Bal, Nfizree(pen) [Copa Cobana]:Syafiq(2)
Pengadil : Arul

Statistik Permainan

Akula

Copa Cobana

Shots

13

20

Shots on Goal

5

8

Fouls

4

3

Free Kicks

2

3

Corner Kicks

0

3

Penalty Kicks

1

1

Cards (Y / R)

(0 / 0)

(0 / 0)

пятница, 25 сентября 2009 г.

vs Copa Cobana

#1 Match
RSMU Futsal League 09/10
26th September 2009
RSMU Sport Hall
8.00 pm (GMT+03)
vs Copa Cobana

-Mohd Shazli
-Hadiey
-Syafiq
-Affiz
-Faiz
-Aman
-Riz

четверг, 3 сентября 2009 г.

Akula 09-10 transfers

Akula 09/10
Transfers

-out-
Al Dz (retired)
Nasri (Geng Malaysia)
Busu

-in-
Bal (Boogis FC)
Naqqib (Gastroboi)
Nfizree (Gastroboi)
Lim

среда, 2 сентября 2009 г.

Akula 08-09

08 - 09 Summarize

Week 1
vs Dru n Cos (0-8)
Avi(4), Yumnesh, Lavan, Thiva

Week 2
vs Gastroboi (1-3)
Qye(o.g), Dinie, Nfizree, Qye

Week 3
vs Bukit Tinggi (3-1)
Azzam(2), Wani, Yan

Week 4
vs Boogis FC (1-6)
Wani, Iqbal, Aman(3), Dalvin(2)
Yellow : Nazmi, Palong, Azzam

Week 5
vs Spartan (0-2)
Azzam (o.g), Ramasamy

Week 6
vs Chittapa (1-2)
Zul Aliff, Yupdesh, Ganesan
Yellow : Seth

Week 7
vs Le' Samba (2-1)
Zul Aliff(2), Magesh

Week 8
vs Geng Malaysia (0-5)
Ahmad Mahfudz(2), Afiq Rushdi, Fakhrullah(2)

Week 9
vs Copa Cobana (1-2)
Al Dz, Hadi, Alep

Week 10
vs De' Knights (1-1)
Maro, Lavin

Week 11
vs Saints FC (2-0)
Zul Aliff, Azzam

Top Scorers
4 - Zul Aliff
3 - Azzam
2 - Azwani
1 - Maro
1 - Al Dz

Top Assisting Players
3 - Zul Aliff
1 - Palong
1 - Busu
1 - Nazmi

Yellow Card
1 - Palong
1 - Azzam
1 - Nazmi
1 - Seth

Last League Standing Result
8. Akula
Games Played : 11
Wins : 3
Draw : 1
Loses : 7
Goals Scored : 12
Goals Conceded : 31
Points : 10