Показаны сообщения с ярлыком results. Показать все сообщения
Показаны сообщения с ярлыком results. Показать все сообщения

воскресенье, 11 октября 2009 г.

Result #3 : G-15

Sekali lagi, terpaksa berlawan dengan pasukan yang lebih kuat,
G-15, bekas juara liga RFL 2 tahun yang lalu.
Akula berhadapan dengan kecederaan kecerdasan Sufrin dan Seth,
pinjaman Nfizree ke Copa Cobana,
dibarisi Palong, Wani, Azzam, Naqqib, Iqbal, Zul Aliff, Lim dan Kevin.

Akula tampak cemerlang,
dimana pada minit pertama permainan,
Iqbal mengejutkan pemain G-15, dengan menjaringkan gol pertama akula malam itu,
selepas dibantu oleh Zul Aliff, Iqbal mengelecek lepas penjaga gol, dan menolak mudah gol pertamanya.
G-15 terus mengasak dengan percubaan2 mereka yang tersasar dari gol,
sehinggalah pada minit ke-7, Afiq berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil rembatan rendah laju yang melepasi penjaga gol Nazmi.
Beberapa saat selepas itu, rembatan Iqbal dari sudut kanan tersasar ke jaring luar gol.
Minit ke-8, G-15 dihadiahkan tendangan penalti, atas kesalahan Azam menyentuh bola di dalam kawasan penalti. Namun sepakan Afiq ditepis kemas Nazmi dan dibuang keluar oleh Azam.
Seterusnya, pada minit ke-8 Maro merembat cantik dari luar kotak penalti, gagal ditahan Nazmi, menghasilkan gol kedua untuk G-15, 2-1.
Permainan kekal hingga tamat masa pertama.

Pada minit pertama separuh masa kedua, Akula lebih garang pada awal permainan.
Iqbal sekali lagi, memberi peluang untuk merapatkan kedudukan,
dengan rembatan jauhnya namun tersasar keluar dari gawang gol.
Beberapa saat lepas itu, permainan terpaksa ditangguh sementara waktu,
akibat pertembungan antara Azman dan Azam.
Akula seterusnya mendapat peluang gol apabila diberikan sepakan percuma beberapa
sentimeter luar dari kotak penalti kawasan pihak lawan. Namun sepakan Iqbal mengenai benteng pertahanan lawan.
Serangan balas G-15 selepas itu, membuka gol ke-3 mereka, yang disudah cantik oleh Afiq. 3-1
Seminit selepas itu, pada minit ke-12, Damo menambah keperitan Akula, dengan gol jarak jauhnya, kedudukan menjadi 4-1.
Minit ke-14, Zul mendapat peluang selepas kucar kacir di kawasan penalti pihak lawan, namun ditepis keluar Aie, memberi sepakan sudut pertama untuk Akula.
Pada minit ke-16 permainan, kad kuning pertama perlawanan dan untuk pasukan Akula dilayangkan kepada Naqqib atas kesalahan 'sliding'.
Akula mendapat hadiah gol kedua pada minit ke-17, selepas serangan balas dari sepakan sudut G-15,
Iqbal mengelecek lepas Damo, dan merembat cantik gol. kedudukan 2-4.
Permainan tamat dengan keputusan kekal 2-4.

Ulasan Aku-Lah : G-15 merupakan pasukan yang paling sukar berbanding 2 pasukan sebelum ini, keputusan kalah adalah sudah dijangka, namun jaringan 2 gol merupakan bonus untuk pasukan Akula minggu ini.

Keputusan Akhir : Akula 2 - 4 G-15
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Naqqib, Azam, Iqbal, Zul Aliff, Palong, Wani, Lim
Penjaring Gol : [Akula]: Iqbal(2) [G-15]: Afiq(2), Maro, Damo
Pengadil : Arul
Man of the Match (Akula) : Iqbal

Statistik Permainan


Akula

G-15

Shots

9

20

Shots on Goal

5

9

Fouls

4

3

Free Kicks

3

2

Corner Kicks

2

4

Penalty Kicks

0

1

Cards (Y / R)

(1 / 0)

(0 / 0)

суббота, 3 октября 2009 г.

Result #2 : Tigers

Selepas seri dengan Copa, Akula tampak lebih berkeyakinan,
Namun pasukan baru Tigers sudah dikenali sebagai pasukan yang kuat,
dan tahap yang jauh berbeza dengan Akula, pasukan "under-dog" sekali lagi.

Pilihan pasukan kali ini : Nazmi, Seth, Naqqib, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Palong, Sufrin.
Ini merupakan permainan pertama bagi Nazmi (menggantikan Lim), Palong dan Sufrin untuk musim kali ini.

Perlawanan ke 6(dari 7 semuanya) dimulakan dengan kick-off pasukan Akula.
Permainan agak seimbang pada permulaannya, dimana kedua-dua pihak cuba untuk memulakan serangan, shinggalah minit ke-2 cubaan pertama Akula, oleh Sufrin di tampan penjaga gol Tigers.
Pada minit ke-4, cubaan pertama penyerang utama Akula, Bal, dari tepi kanan ditepis keluar seterusnya memberi peluang untuk
tendakan sudut.
Beberapa saat selepas itu, cubaan Naqqib pada posisi yang sama, tersasar dari tiang kiri gol Tigers.
Permainan nampak lebih dikawal pasukan Akula, dan percubaan Zul Aliff pada minit ke-7 pula
hampir memberi peluang gol ditepis keluar sekali lagi. Seminit kemudian, Nfizree mendapat peluang hasil pass daripada Seth, namun sepakan nye lemah dan mudah ditangkap Parmin.
Beberapa saat selepas itu, hasil serangan balas Tigers, penyerang Tigers merembat perlahan mengenai tiang gol dan melantun mengenai Nazmi dan masuk ke gawang gol. 1-0 buat Tigers.
Permainan kekal dengan beberapa percubaan Akula sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan keperitan untuk pasukan Akula,
gandingan sepak mula Dalvin dan Shan yang terus merembat masuk gol kedua Tigers, 2-0.
Permainan kekal seimbang dengan beberapa cubaan Tigers yang sasar jauh dari gol dan Akula yang lebih mendapat hadiah sepakan sudut. Sehingga minit ke-15, tolakan bola Naqib ke Bal, dan seterusnya ke Zul Aliff, membuka ruang untuk Zul untuk merembat masuk gol pertama Akula!!!, 1-2.
Permainan kekal hambar, namun pada minit ke 18 atas kesalah fahaman antara Zul dan penjaga gawang Nazmi, menyumbangkan gol ke-3 Tigers daripada Lavin, 3-1.
Akula terus perit, minit ke 19, tolakan mudah Rahul melepasi Nazmi memberi gol kemenangan gol ke-4 Tigers, 4-1.
Beberapa saat selepas itu, Palong menggambil peluang selepas kesilapan pertahanan pasukan Tigers, untuk menjaringkan gol cantik, rembatan rendah penjuru bawah kiri gol, yang juga gol pertama nya selama bermain dalam temasya RFL dan memberi sedikit harapan untuk pasukan Akula!!!, 2-4.
Permainan tamat dengan kekalahan pertama Akula untuk musim 09/10. :(
Akula mempunyai banyak peluang, tetapi gagal untuk menggunakan sebaik mungkin,
dan bolos kebanyakan hasil daripada kelalaian pertahanan.
Prestasi harus diperbaiki!!! :>

Keputusan Akhir : Akula 2 - 4 Tigers
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Seth, Naqqib, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Sufrin, Palong
Penjaring Gol : [Akula]: Zul Aliff, Palong [Tigers]: Nazmi(o.g), Shan, Lavin, Rahul
Pengadil : Arul

Statistik Permainan

Akula

Tigers

Shots

14

20

Shots on Goal

8

6

Fouls

0

0

Free Kicks

0

0

Corner Kicks

11

2

Penalty Kicks

0

0

Cards (Y / R)

(0 / 0)

(0 / 0)

воскресенье, 27 сентября 2009 г.

Result #1 : Copa Cobana

Akula memulakan liga 09/10 sebagai pasukan "underdog" menentang pasukan big four, Copa Cobana.
Akula dibarisi Bal, Zul Aliff, Naqqib, Seth, Azam, Nfizree, Azwani dan Lim.
Ini merupakan perlawanan pertama bagi Bal, Naqqib, Nfizree dan Lim bersama Akula, bermakna 50% berlainan daripada Akula 08-09.
Tumpuan diberikan kepada Bal, salah seorang penjaring gol terbanyak liga musim2 lalu,
dan penyertaan lambat Nfizree, bekas penjaring pasukan Gastroboi.


Selepas Majlis Pembukaan RFL musim 09/10,
Copa Cobana membuka permainan pertama musim ini.
Zul Aliff dan Bal menguatkan serangan depan, Seth dan Naqqib barisan belakang, dan Azam sebagai penjaga gol sementara.
Riz memberi serangan-gol pertama, hasil rembatan rendah luar kotak penalti pada saat-27, ditepis keluar oleh Azzam. Copa tampak lebih garang dengan beberapa rembatan oleh Shazli dan Syafiq ke arah gawang Akula sehingalah minit-1, cubaan Bal tersasar tinggi penjuru kanan
gawang Copa. Permainan pantas diteruskan dengan balingan gol keeper Bu, menjumpai Syafiq yang berada di belakang pertahanan Akula, namun tandukan sambungnya mudah di tangkap Azzam. Seminit selepas itu, Bal sekali lagi menakutkan pihak lawan, dimana rembatan nya menjumpai palang atas gol Copa.
Pada minit ke-5, Naqqib memberi peluang hampir gol kedua buat Akula, rembatan rendah luar kotak-nya mengenai tiang gol. Namun beberapa saat selepas cubaan nya itu, dia diberi amaran oleh pengadil perlawanan kerana mengasari Shazli yang cuba masuk mecuri bola.
Pada minit ke-6 pula, rembatan tepat gol pertama bagi pasukan Akula oleh Azwani, diselamatkan golkeeper Bu dan dibuang keluar oleh Aman.
Syafiq terus membahayakan gawang Akula dengan rembatan2nya, namun pada minit ke-7, atas kesilapan pertahan Riz, Bal berjaya mencuri bola, disambung Zul dan disudahkan oleh Bal melepasi penjaga gawang Bu.
Gol pertama RFL 09/10 dan gol pertama pasukan Akula 09/10 hasil jaringan Bal. :>
Namun pada minit ke 8, Syafiq yang tidak dijaga ketat, hasil umpanan Riz, berjaya menyamakan kedudukan 1-1, melepasi penjaga gol baru Akula, Lim.
Permainan kekal terikat 1-1 hingga tamat masa pertama.

Minit pertama separuh masa kedua berpihak kepada pasukan Akula,
Akula diberikan sepakan penalti, selepas Aman tersentuh bola sepakan Bal.
Nfizree menyudahkan penalti dan memberikan gol kedua untuk pasukan Akula, 2-1.
Pada minit ke-12, Lim berjaya menampan keluar percubaan kencang Syafiq, namun Lim tidak berjaya mengulanginya pada minit ke 13, Syafiq merapatkan semula perbezaan gol, 2-2.
Akula dihadiahkan sepakan percuma seminit selepas itu, namun sepakan Bal hampir menjumpai penjuru gawang gol dan tersasar keluar, dan beberapa saat selepas itu, rembatan dekatnya sekali lagi ditepis keluar oleh Bu.
Pada minit ke 17, Syafiq sekali lagi menakutkan pasukan Akula, dimana rembatannya melepasi tangan Lim namun dipantul keluar oleh palang atas gol.
Akula semakin lemah semangat, apabila pada minit ke 18, Copa diberikan sepakan penalti, gara2 Seth tersentuh bola di dalam kawasan kotak P.
Namun Syafiq yang tampak cemerlang malam itu, gagal menyudahkan jaringan penalti, dan ditepis cantik oleh Lim. Seterusnya menghasilkan sorakan dan tepukan kuat para penonton :>

Selepas itu, Bu sekali lagi bertindak cemerlang menolak keluar rembatan kencang Bal pada minit ke 19.
Dan pada minit ke 20 peluang terakhir buat Akula, dimana Zul lambat untuk menyambut tolakan Bal di depan gawang Copa, seterusnya menamatkan perlawan dngan keputusan seri.
Keputusan yang membanggakan bagi Akula! :>


Keputusan Akhir : Akula 2 - 2 Copa Cobana
Pasukan Pilihan Akula : Azam, Naqqib, Seth, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Wani, Lim
Penjaring Gol : [Akula]:Bal, Nfizree(pen) [Copa Cobana]:Syafiq(2)
Pengadil : Arul

Statistik Permainan

Akula

Copa Cobana

Shots

13

20

Shots on Goal

5

8

Fouls

4

3

Free Kicks

2

3

Corner Kicks

0

3

Penalty Kicks

1

1

Cards (Y / R)

(0 / 0)

(0 / 0)

суббота, 21 марта 2009 г.

result minggu sembilan

Akula 2 - 0 Saint's FC
Zul Aliff
Azzam


воскресенье, 8 марта 2009 г.

result minggu sepuluh

Selepas kekalahan tipis terhadap pasukan besar RFL,
Akula lebih berkeyakinan tinggi utk perlawanan seterusnya,
menentang De' Knights yg diketuai pertahanan cemerlang Damo.

Akula dikekalkan dengan barisan Seth, Azwani, Busu dan Al.
Dan kembalinya dari kecedaraan, Nazmi, Dol dan Zul Aliff.
Akula juga memberi kejutan dengan membariskan pemain bintang RFL yang lama berehat akibat kecederaan, Maro.

Akula mendapat peluang gol pertama, pada minit 1 permainan,
hasil hantaran cantik Al ke depan gol, yang disambut oleh Zul Aliff,
namun tolakan lembut nya mudah ditampan oleh penjaga gol De' Knights.
Keadaan menjadi semakin genting dimana, De' Knights lebih banyak melakukan cubaan2 gol yang tersasar sehinggalah pada minit ke -6 , rembatan Damo tepat ke gawang gol Akula, tetapi berjaya ditepis keluar oleh Nazmi.
Serangan counter daripada sepakan sudut yang gagal dari pihak lawan membuka satu lagi peluang gol untuk Akula, tetapi pertahanan De' Knights berjaya menghalang sepakan Dol ke arah pintu gol lawan.
Minit ke-7, damo sekali lagi membahayakan gawang Akula, namun sekali lagi Nazmi bertindak cemerlang menggagalkan usaha one-on-one Damo.
Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat pertengahan masa pertama.















Pertengahan masa kedua, menyaksikan permainan sulung Maro utk musim RFL 08/09.
Maro menunjukkan permainannya yang masih lagi hidup dengan gaya2 skill mengeleceknya yang menarik,
sehinggalah pada minit ke-14, Maro berjaya menjaringkan gol sulungnya menerusi sepakan percuma, melepasi benteng pertahanan dan terus ke gawang gol!
namun seminit selepas itu, pada minit ke-15, De' Knights berjaya menyamakan kedudukan,
menerusi rembatan laju Lavin.
De' Knights tampak lebih garang dengan beberapa percubaan, namun Nazmi masih lagi kental menjaga gawang daripada dibolosi kali kedua.
Pada minit 19, Seth melakukan percubaan jauh yang tersasar sedikit keluar dari tiang kiri gawang.
Keputusan kekal sehingga tamat permainan.
Akula berjaya mencapai target seri menentang De' Knights ^^

Keputusan Akhir : Akula 1 - 1 De' knights
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Seth, Busu, Azwani, Al, Dol, Zul Alif, Maro
Penjaring Gol : Maro (Akula), Lavin (De' Knights)
Ref : Lavan

воскресенье, 22 февраля 2009 г.

result minggu sembilan

Selepas kekalahan teruk minggu lepas,
Red Sharkboys seperti kehilangan gigi tajam mereka,
namun pertandingan masih harus diteruskan,
kali ini Akula berdepan dengan big team RFL, Copa Copana.

Akula kekal dengan Al, Azam, Busu, dan Palong yg beraksi sebagai penjaga gol menggantikan Nazmi yang cedera, sementara barisan dikuatkan dengan kepulangan Seth dan Azwani.
Azam memulakan permainan dengan cubaan jarak jauh tetapi sasar ke sebelah kanan gawang,
1 minit kemudian, rembatan Al ditampan penjaga gawang Copa, dan seterusnya menyelamatkan tolakan balas lemah dari Azwani.
Copa terus garang menyerang gawang Akula sehingga minit ke 4, Hadi berjaya menjaring gol pertama pasukan Copa.
Palong bertindak cemerlang menempis keluar bola rembatan kencang Shafiq,
namun tidak cukup utk menyelamatkan gawang pada minit ke 5, gol kedua dari Alip utk pasukan Copa.
Akula semakin terdesak tanpa menghasilkan satu pun serangan ke atas gawang Copa sehingga minit ke 8, hantaran cantik palong melambung ke Al, dan diselesaikan sempurna, melalui sudut sukar melepasi kepala penjaga gol Copa. Gol pertama utk pasukan Akula, dan juga utk pemain senior Akula, Al :) .
Permainan seimbang dan kekal 2-1 sehingga tamat pertengahan masa pertama.











Pertengahan masa kedua bermula menyaksikan Al begitu semangat rajin berlari mengejar bola,
dengan keadaan Akula yg lebih banyak bertahan daripada menyerang.
pada minit ke 14, Palong sekali lagi beraksi cemerlang menepis keluar bola rembatan Shafiq dan dikemaskan pertahanan Azam.
Peluang besar utk Azwani beberapa saat kemudiaan, dimana rembatan depan gol Copa di tolak keluar oleh pertahanan Hadi.
Akula terus mencuba utk menyamakan kedudukan gol, dimana pada minit ke 16, cubaan jauh Azam di tampan keluar penjaga gawang Copa.
Gol Akula sekali lagi terselamat, selepas cubaan jarak dekat Hadi ditangkap kemas Palong beberapa saat sebelum tamat permainan.
Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan yang mebanggakan bagi Akula yang kekurangan pemain :D

Keputusan Akhir : Akula 1 - 2 Copa Cobana
Pasukan Pilihan Akula : Palong, Azam, Seth, Busu, Azwani, Al
Penjaring Gol : Hadi (Copa), Alep (Copa), Al (Akula)
Ref : Azman

воскресенье, 15 февраля 2009 г.

result minggu lapan

Selepas menang keatas Le'samba,
dan league-break sempena cuti winter,
Akula bersemangat tinggi masuk ke padang,
tetapi lawannya kali ni lebih bersemangat utk menang, Geng Malaysia.

Akula dibarisi Al, Azam, Palong, Busu, Dol, Nazmi, Nasri, Zul.
Separuh masa pertama, bola lebih banyak habis di bahagian Akula,
dimana 6 min pertama, Nazmi bertindak cemerlang menjaga gawang gol.
Namun pertahanan yang kucar kacir di depan gol menyebabkan gawang Akula dibolosi hasil set-piece tendangan percuma oleh Ahmad Mahfudz.
2 minit kemudian, Afiq Rushdi menjaringkan gol ke-dua GM dari sepakan penalti.
beberapa minit kemudian, Fakhrullah menambah keperitan Akula hasil jaringan melalui serangan counter rembatan jauh dari luar kotak penalti.
beberapa percubaan Akula daripada Nasri yg melepasi tiang kanan gawang, daripada Azam yg melambung tinggi ke tempat duduk penonton dan daripada zul yang dihalang oleh pertahanan GM.

Separuh masa kedua,
Akula tampak lebih garang di awal permainan,
dimana dalam minit pertama, hasil rembatan zul ditangkap oleh penjaga gawang GM, rembatan keduanya tersasar ke kanan dan rembatan azam melepasi palang gol.
Pada minit ke 3, Akula dihadiahkan tendangan penalti, tetapi dibaziri oleh Azam, dimana sepakan nya terus ke palang dan melantun semula sebelum dicounter seterusnya menyumbang gol ke-4 GM hasil tolakan mudah Fakhrullah di depan gawang gol Akula.
Akula mendapat beberapa peluang gol, 2 daripadanya hasil cubaan Zul yang disiakan oleh Penjaga Gawang GM, dan rembatan 1-1 dekat Busu ditepis namun sepakan rebound oleh Palong sasar melepasi tiang kanan gol.
GM menutup permainan dengan gol terakhirnya hasil sepakan penalti dari Ahmad Mahfudz.

Keputusan Akhir Akula 0 - 5 Geng Malaysia
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Al, Azam, Dol, Zul Alif, Nasri, Palong, Busu
Penjaring Gol : Ahmad Mahfudz (2), Afiq Rushdi, Fakhrullah (2)
Ref : Yumnesh

вторник, 9 декабря 2008 г.

result minggu tujuh

Kemenangan ke-2!!!!

akhirnye, setelah kalah 3 kali berturut2,
walaupun mood masing2 masih down,
akhirnye Akula mencatat kemenangan ke-2,
Kerja keras striker harapan, Zul Aliff,
berjaya menjaringkan 2 gol, dan beberapa percubaan merbahaya,
walaupun pertahanan agak goyah menyebabkan kite ketinggalan 1-0 hasil jaringan magesh pada separuh mase pertama,
permainan yg lebih rapi di separuh mase kedue, menyaksikan hantaran busu dri sepakan masuk luar di sambung oleh zul, dan jaringan solo nye yg kedue beberape minit selepas itu.

Penjaring : Zul Aliff (2) -akula-, Magesh -le Samba-
Pasukan pilihan : Nazmi, Seth, Nasri, Azam, Zul Aliff, Al, Dol, Busu.
Spek Jatuh : Seth(pecah), Busu, Dol (2 kali).
Ref : Lavan

суббота, 6 декабря 2008 г.

result minggu enam


Akula tewas lagi buat kali ke-5!

tp performance akula kali ni boleh dibanggakan w/pun kalah. Suma pemain menunjukkan semangat juang yg tinggi, terutama defense yg bekerja keras menghalang beberapa cubaan bahaya dr chittapa. Akula jugak berjaya menghasilkan beberapa kali try ke arah gol lawan, mostly dr counter attack & satu darinya disudahkan oleh Zul bagi memberi gol tunggal akula dlm game ni. Final score... Akula 1 - 2 Chittapa.

line-up akula kali ni: nazmi, nasri, seth, ipan, al, zul, palong, wani

scorer: zul (akula) - yupdesh, ganesan (chittapa)

yellow card: seth (akula)

referee: dalvin