суббота, 3 октября 2009 г.

Result #2 : Tigers

Selepas seri dengan Copa, Akula tampak lebih berkeyakinan,
Namun pasukan baru Tigers sudah dikenali sebagai pasukan yang kuat,
dan tahap yang jauh berbeza dengan Akula, pasukan "under-dog" sekali lagi.

Pilihan pasukan kali ini : Nazmi, Seth, Naqqib, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Palong, Sufrin.
Ini merupakan permainan pertama bagi Nazmi (menggantikan Lim), Palong dan Sufrin untuk musim kali ini.

Perlawanan ke 6(dari 7 semuanya) dimulakan dengan kick-off pasukan Akula.
Permainan agak seimbang pada permulaannya, dimana kedua-dua pihak cuba untuk memulakan serangan, shinggalah minit ke-2 cubaan pertama Akula, oleh Sufrin di tampan penjaga gol Tigers.
Pada minit ke-4, cubaan pertama penyerang utama Akula, Bal, dari tepi kanan ditepis keluar seterusnya memberi peluang untuk
tendakan sudut.
Beberapa saat selepas itu, cubaan Naqqib pada posisi yang sama, tersasar dari tiang kiri gol Tigers.
Permainan nampak lebih dikawal pasukan Akula, dan percubaan Zul Aliff pada minit ke-7 pula
hampir memberi peluang gol ditepis keluar sekali lagi. Seminit kemudian, Nfizree mendapat peluang hasil pass daripada Seth, namun sepakan nye lemah dan mudah ditangkap Parmin.
Beberapa saat selepas itu, hasil serangan balas Tigers, penyerang Tigers merembat perlahan mengenai tiang gol dan melantun mengenai Nazmi dan masuk ke gawang gol. 1-0 buat Tigers.
Permainan kekal dengan beberapa percubaan Akula sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula dengan keperitan untuk pasukan Akula,
gandingan sepak mula Dalvin dan Shan yang terus merembat masuk gol kedua Tigers, 2-0.
Permainan kekal seimbang dengan beberapa cubaan Tigers yang sasar jauh dari gol dan Akula yang lebih mendapat hadiah sepakan sudut. Sehingga minit ke-15, tolakan bola Naqib ke Bal, dan seterusnya ke Zul Aliff, membuka ruang untuk Zul untuk merembat masuk gol pertama Akula!!!, 1-2.
Permainan kekal hambar, namun pada minit ke 18 atas kesalah fahaman antara Zul dan penjaga gawang Nazmi, menyumbangkan gol ke-3 Tigers daripada Lavin, 3-1.
Akula terus perit, minit ke 19, tolakan mudah Rahul melepasi Nazmi memberi gol kemenangan gol ke-4 Tigers, 4-1.
Beberapa saat selepas itu, Palong menggambil peluang selepas kesilapan pertahanan pasukan Tigers, untuk menjaringkan gol cantik, rembatan rendah penjuru bawah kiri gol, yang juga gol pertama nya selama bermain dalam temasya RFL dan memberi sedikit harapan untuk pasukan Akula!!!, 2-4.
Permainan tamat dengan kekalahan pertama Akula untuk musim 09/10. :(
Akula mempunyai banyak peluang, tetapi gagal untuk menggunakan sebaik mungkin,
dan bolos kebanyakan hasil daripada kelalaian pertahanan.
Prestasi harus diperbaiki!!! :>

Keputusan Akhir : Akula 2 - 4 Tigers
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Seth, Naqqib, Bal, Zul Aliff, Nfizree, Sufrin, Palong
Penjaring Gol : [Akula]: Zul Aliff, Palong [Tigers]: Nazmi(o.g), Shan, Lavin, Rahul
Pengadil : Arul

Statistik Permainan

Akula

Tigers

Shots

14

20

Shots on Goal

8

6

Fouls

0

0

Free Kicks

0

0

Corner Kicks

11

2

Penalty Kicks

0

0

Cards (Y / R)

(0 / 0)

(0 / 0)

Комментариев нет: