воскресенье, 11 октября 2009 г.

Result #3 : G-15

Sekali lagi, terpaksa berlawan dengan pasukan yang lebih kuat,
G-15, bekas juara liga RFL 2 tahun yang lalu.
Akula berhadapan dengan kecederaan kecerdasan Sufrin dan Seth,
pinjaman Nfizree ke Copa Cobana,
dibarisi Palong, Wani, Azzam, Naqqib, Iqbal, Zul Aliff, Lim dan Kevin.

Akula tampak cemerlang,
dimana pada minit pertama permainan,
Iqbal mengejutkan pemain G-15, dengan menjaringkan gol pertama akula malam itu,
selepas dibantu oleh Zul Aliff, Iqbal mengelecek lepas penjaga gol, dan menolak mudah gol pertamanya.
G-15 terus mengasak dengan percubaan2 mereka yang tersasar dari gol,
sehinggalah pada minit ke-7, Afiq berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil rembatan rendah laju yang melepasi penjaga gol Nazmi.
Beberapa saat selepas itu, rembatan Iqbal dari sudut kanan tersasar ke jaring luar gol.
Minit ke-8, G-15 dihadiahkan tendangan penalti, atas kesalahan Azam menyentuh bola di dalam kawasan penalti. Namun sepakan Afiq ditepis kemas Nazmi dan dibuang keluar oleh Azam.
Seterusnya, pada minit ke-8 Maro merembat cantik dari luar kotak penalti, gagal ditahan Nazmi, menghasilkan gol kedua untuk G-15, 2-1.
Permainan kekal hingga tamat masa pertama.

Pada minit pertama separuh masa kedua, Akula lebih garang pada awal permainan.
Iqbal sekali lagi, memberi peluang untuk merapatkan kedudukan,
dengan rembatan jauhnya namun tersasar keluar dari gawang gol.
Beberapa saat lepas itu, permainan terpaksa ditangguh sementara waktu,
akibat pertembungan antara Azman dan Azam.
Akula seterusnya mendapat peluang gol apabila diberikan sepakan percuma beberapa
sentimeter luar dari kotak penalti kawasan pihak lawan. Namun sepakan Iqbal mengenai benteng pertahanan lawan.
Serangan balas G-15 selepas itu, membuka gol ke-3 mereka, yang disudah cantik oleh Afiq. 3-1
Seminit selepas itu, pada minit ke-12, Damo menambah keperitan Akula, dengan gol jarak jauhnya, kedudukan menjadi 4-1.
Minit ke-14, Zul mendapat peluang selepas kucar kacir di kawasan penalti pihak lawan, namun ditepis keluar Aie, memberi sepakan sudut pertama untuk Akula.
Pada minit ke-16 permainan, kad kuning pertama perlawanan dan untuk pasukan Akula dilayangkan kepada Naqqib atas kesalahan 'sliding'.
Akula mendapat hadiah gol kedua pada minit ke-17, selepas serangan balas dari sepakan sudut G-15,
Iqbal mengelecek lepas Damo, dan merembat cantik gol. kedudukan 2-4.
Permainan tamat dengan keputusan kekal 2-4.

Ulasan Aku-Lah : G-15 merupakan pasukan yang paling sukar berbanding 2 pasukan sebelum ini, keputusan kalah adalah sudah dijangka, namun jaringan 2 gol merupakan bonus untuk pasukan Akula minggu ini.

Keputusan Akhir : Akula 2 - 4 G-15
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Naqqib, Azam, Iqbal, Zul Aliff, Palong, Wani, Lim
Penjaring Gol : [Akula]: Iqbal(2) [G-15]: Afiq(2), Maro, Damo
Pengadil : Arul
Man of the Match (Akula) : Iqbal

Statistik Permainan


Akula

G-15

Shots

9

20

Shots on Goal

5

9

Fouls

4

3

Free Kicks

3

2

Corner Kicks

2

4

Penalty Kicks

0

1

Cards (Y / R)

(1 / 0)

(0 / 0)

Комментариев нет: