воскресенье, 22 февраля 2009 г.

result minggu sembilan

Selepas kekalahan teruk minggu lepas,
Red Sharkboys seperti kehilangan gigi tajam mereka,
namun pertandingan masih harus diteruskan,
kali ini Akula berdepan dengan big team RFL, Copa Copana.

Akula kekal dengan Al, Azam, Busu, dan Palong yg beraksi sebagai penjaga gol menggantikan Nazmi yang cedera, sementara barisan dikuatkan dengan kepulangan Seth dan Azwani.
Azam memulakan permainan dengan cubaan jarak jauh tetapi sasar ke sebelah kanan gawang,
1 minit kemudian, rembatan Al ditampan penjaga gawang Copa, dan seterusnya menyelamatkan tolakan balas lemah dari Azwani.
Copa terus garang menyerang gawang Akula sehingga minit ke 4, Hadi berjaya menjaring gol pertama pasukan Copa.
Palong bertindak cemerlang menempis keluar bola rembatan kencang Shafiq,
namun tidak cukup utk menyelamatkan gawang pada minit ke 5, gol kedua dari Alip utk pasukan Copa.
Akula semakin terdesak tanpa menghasilkan satu pun serangan ke atas gawang Copa sehingga minit ke 8, hantaran cantik palong melambung ke Al, dan diselesaikan sempurna, melalui sudut sukar melepasi kepala penjaga gol Copa. Gol pertama utk pasukan Akula, dan juga utk pemain senior Akula, Al :) .
Permainan seimbang dan kekal 2-1 sehingga tamat pertengahan masa pertama.











Pertengahan masa kedua bermula menyaksikan Al begitu semangat rajin berlari mengejar bola,
dengan keadaan Akula yg lebih banyak bertahan daripada menyerang.
pada minit ke 14, Palong sekali lagi beraksi cemerlang menepis keluar bola rembatan Shafiq dan dikemaskan pertahanan Azam.
Peluang besar utk Azwani beberapa saat kemudiaan, dimana rembatan depan gol Copa di tolak keluar oleh pertahanan Hadi.
Akula terus mencuba utk menyamakan kedudukan gol, dimana pada minit ke 16, cubaan jauh Azam di tampan keluar penjaga gawang Copa.
Gol Akula sekali lagi terselamat, selepas cubaan jarak dekat Hadi ditangkap kemas Palong beberapa saat sebelum tamat permainan.
Keputusan kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan yang mebanggakan bagi Akula yang kekurangan pemain :D

Keputusan Akhir : Akula 1 - 2 Copa Cobana
Pasukan Pilihan Akula : Palong, Azam, Seth, Busu, Azwani, Al
Penjaring Gol : Hadi (Copa), Alep (Copa), Al (Akula)
Ref : Azman

Комментариев нет: