воскресенье, 15 февраля 2009 г.

result minggu lapan

Selepas menang keatas Le'samba,
dan league-break sempena cuti winter,
Akula bersemangat tinggi masuk ke padang,
tetapi lawannya kali ni lebih bersemangat utk menang, Geng Malaysia.

Akula dibarisi Al, Azam, Palong, Busu, Dol, Nazmi, Nasri, Zul.
Separuh masa pertama, bola lebih banyak habis di bahagian Akula,
dimana 6 min pertama, Nazmi bertindak cemerlang menjaga gawang gol.
Namun pertahanan yang kucar kacir di depan gol menyebabkan gawang Akula dibolosi hasil set-piece tendangan percuma oleh Ahmad Mahfudz.
2 minit kemudian, Afiq Rushdi menjaringkan gol ke-dua GM dari sepakan penalti.
beberapa minit kemudian, Fakhrullah menambah keperitan Akula hasil jaringan melalui serangan counter rembatan jauh dari luar kotak penalti.
beberapa percubaan Akula daripada Nasri yg melepasi tiang kanan gawang, daripada Azam yg melambung tinggi ke tempat duduk penonton dan daripada zul yang dihalang oleh pertahanan GM.

Separuh masa kedua,
Akula tampak lebih garang di awal permainan,
dimana dalam minit pertama, hasil rembatan zul ditangkap oleh penjaga gawang GM, rembatan keduanya tersasar ke kanan dan rembatan azam melepasi palang gol.
Pada minit ke 3, Akula dihadiahkan tendangan penalti, tetapi dibaziri oleh Azam, dimana sepakan nya terus ke palang dan melantun semula sebelum dicounter seterusnya menyumbang gol ke-4 GM hasil tolakan mudah Fakhrullah di depan gawang gol Akula.
Akula mendapat beberapa peluang gol, 2 daripadanya hasil cubaan Zul yang disiakan oleh Penjaga Gawang GM, dan rembatan 1-1 dekat Busu ditepis namun sepakan rebound oleh Palong sasar melepasi tiang kanan gol.
GM menutup permainan dengan gol terakhirnya hasil sepakan penalti dari Ahmad Mahfudz.

Keputusan Akhir Akula 0 - 5 Geng Malaysia
Pasukan Pilihan Akula : Nazmi, Al, Azam, Dol, Zul Alif, Nasri, Palong, Busu
Penjaring Gol : Ahmad Mahfudz (2), Afiq Rushdi, Fakhrullah (2)
Ref : Yumnesh

Комментариев нет: