среда, 10 декабря 2008 г.

FC Colo Colo

FC Colo Colo yang sebahagian besarnya diwakili oleh pemain2 Akula,
bertanding julung kalinya di dalam temasya Sukan Komuniti 2008 (SUKOM 2008) pada 23 November 2008 yang dianjurkan oleh Kelab UMNO Moscow.
FC Colo Colo dibariskan dengan 6 orang pemain Akula, 2 dari Gastroboi, 1 Boogis dan 1 Bukit Tinggi.














- Murad (GK) -Bukit Tinggi-

- Baros (Iqbal) -Boogis-
- Naqib -Gastroboi-
- Nfizree -Gastroboi-
- Azwani (Cap) -Akula-

- Palong -Akula-

- Zul Aliff -Akula-

- Dol -Akula-

- Azzam -Akula-

- Al -Akula-

FC Colo Colo berjaya melepasi peringkat kumpulan sebelum tumpas di suku akhir.
Perlawanan per1 - menentang De' Knights
3 - 0
Zul Aliff menjaringkan gol sulungnya di dalam kareernya menyertai temasya futsal di Rusia,
dan Baros menjaringkan 2 gol seterusnya..
Perlawanan ke2 - menentang ZIBOM
0 - 1
Pertahanan yang longgar dan penjagaan pemain yang tidak ketat membantu ZIBOM menjaringkan 1 gol hasil sepakan sudut..
Perlawanan ke3 - menentang Pamungkas
3 - 2
Perlawanan sengit, menyaksikan kedua2 pihak saling membalas gol,
Baros sekali lagi menjaringkan 2 gol untuk pasukan Colo Colo,
dan aksi cemerlang Nfizree menyumbangkan 1 gol di dalam permainan pertamanya bersama Colo Colo..

FC Colo Colo berjaya menduduki tangga ke-2 di dalam kumpulan, selepas ZIBOM di tangga pertama, manakala De' Knights dan Pamungkas masing2 di tangga ke 3 dan 4..
Peringkat Suku Akhir,
Perlawanan ke 4 - menentang Geng Malaysia
1-1
(0-1) penalti
GM merupakan juara di dalam kumpulannya, dan mencatatkan keputusan cemerlang dengan berjaya mengalahkan pasukan favourite, Copa Cobana,
FC Colo Colo ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama,
dan akhirnya Azwani berjaya menyamakan kedudukan pada minit2 akhir pertandingan,
Kemenangan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti,
Aksi cemerlang penjaga gawang GM, Pokwe menyelamatkan tiga(semua) penalti,
dan hasil jaringan penalti Fakhrullah, membantutkan usaha Colo Colo untuk ke pusingan separuh akhir..

Penyertaan FC Colo Colo dimasa hadapan masih berada di situasi tanda tanya..

Комментариев нет: